PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Kita sedia maklum bahawa tahun 2008 yang lalu menyaksikan betapa kurangnya aktiviti yang diadakan untuk anggota-anggota TKRS daerah Seremban. Ramai rakan guru pemimpin yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan aktiviti TKRS pada tahun ini dan juga tahun-tahun yang lalu.

Mungkin bagi kita, ianya sesuatu yang melegakan kerana tidak perlu banyak habiskan tenaga dan masa untuk melaksanakan atau mengikuti aktiviti tersebut, tetapi bagaimana pula bagi pelajar ? Mereka pasti akan sedih dan menyesal menjadi anggota TKRS bila dibandingkan dengan rakan-rakan yang menyertai unit unifom lain seperti pengakap dan sebagainya. Guru-guru pemimpin ketandusan idea dan hanya menjalankan aktiviti dalaman sahaja. Kalau ada perkhemahan pun, mungkin hanya sekali setahun bahkan itu pun dibuatnya di dalam kawasan sekolah. Bukan setakat pelajar, kita sebagai guru pemimpin pun turut merasai kebosanannya..

Justeru, untuk tidak menghampakan harapan pelajar kita yang menganggotai TKRS, pada tahun 2009 ini, saya merancang untuk melaksanakan beberapa siri kursus dan aktiviti yang menarik supaya dapat mereka jadikan kenangan dan kebanggaan mereka sepanjang hayat.

Saya menyeru kepada tuan/puan para guru pemimpin TKRS untuk duduk, baring dan berdiri bersama saya demi menjayakan perancangan kita ini. Tahun 2009, kita bertekad untuk menjadikan aktiviti TKRS sebagai aktiviti yang dapat memberikan kepuasan kepada anak didik kita.

Sekian.
KAPTEN (KRS) KAMAL BIN ISMAIL,
SK. TAMAN PAROI JAYA.

CADANGAN PENUBUHAN PUSAT AKTIVITI TKRS ZON AMPANGAN

Memandangkan TKRS Daerah pada tahun-tahun kebelakangan ini kurang menunjukkan keaktifannya, saya ingin menarik perhatian tuan/puan Guru-guru Pemimpin TKRS terutamanya dari sekolah-sekolah yang berhampiran dengan SK Taman Paroi Jaya untuk sama-sama kita memikirkan sesuatu demi anak-anak didik kita yang begitu berminat menyertai TKRS.
Peringkat awalnya, saya ingin mencadangkan penubuhan satu pusat aktiviti TKRS yang digelar Pusat Aktiviti TKRS Zon Ampangan. Keahliannya adalah terhad kepada enam buah sekolah di dalam Zon Ampangan, iaitu :

1. SK. King George V
2. SK. Taman Paroi Jaya
3. SK. Taman Tasik Jaya
4. SK. Ampangan
5. SK. Panchor
6. SK. Paroi
Perjalanan aktiviti TKRS Zon Ampangan banyak dilakukan secara bersama. Dengan demikian, kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos. Selain itu, kita juga dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran di antara satu sama lain.
Sila rujuk maklumat perancangan aktiviti yang saya cadangkan untuk pelaksanaan di tahun hadapan. Sebarang tambahan atau pengurangan serta komen-komen membina amat saya alu-alukan daripada tuan/puan terutamanya yang lebih berpengalaman.
Adalah menjadi harapan saya agar perjalanan TKRS pada tahun hadapan adalah jauh lebih baik daripada tahun ini. Sekian.
Salah satu daripada latihan ikatan dan simpulan. Gambar : KRS SMK. Puteri sedang mendengar penerangan dan tunjuk ajar daripada Guru Pemimpin.

SUKATAN PELAJARAN TKRS 2009

Berikut adalah beberapa tajuk dan kemahiran yang akan dedahkan kepada tunas-tunas KRS Tahun 3-5 pada tahun 2009 :

1) KETATANEGARAAN
Negaraku Malaysia
Negeri-negeri di dalam Malaysia
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar dan Ketua Menteri
Lambang/jata negara
Bendera Malaysia
Lagu kebangsaan dan lagu negeri
Rukun Negara
Lagu-lagu patriotik

Sejarah Penubuhan KRS/ TKRS
Bendera, logo dan Motto
Lagu KRS
Unifom dan Pangkat Dalam KRS/TKRS

2) KEROHANIAN*
Kelas Fardhu Ain
Bacaan Yaasin
Usrah dan tamrin
Kursus kefahaman Islam
Hafalan surah dan doa harian
Kebudayaan Islam
Ceramah dan kuliah agama
Pendidikan akhlak dan adab islamiyyah
Pengkisahan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat

*Kebanyakan aktiviti seperti di atas dimasukkan di dalam aktiviti semasa perkhemahan

3) PENGURUSAN DAN GAYA DIRI
Tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
Memelihara kesihatan tubuh badan
Menguruskan tempat kediaman
Adab bergaul bersama ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan dan orang yang lebih tua

4) KAWAD KAKI
kawad kaki statik
kawad bergerak
kawad formasi/ kawad persembahan

5) ILMU PERKHEMAHAN
Khemah : Jenis, keselamatan dan cara mendirikan khemah
Pemilihan tapak perkhemahan
Kegiatan dan etika perkhemahan
Beg galas : Kandungan dan tempoh perkhemahan
ikhtiar hidup : Membina gejet, perlindungan dan masakan hutan

6) IKATAN DAN SIMPULAN
Pengenalan kepada tali, jenis dan keselamatan tali.
Jenis-jenis ikatan dan simpulan : Manuk, Simpul Mati, Belit Lucut, Lilit Balak, Tindih Kasih

7) PERTOLONGAN CEMAS
Pengenalan, konsep, etika dan langkah keselamatan
Jenis-jenis bahaya
Malapetaka di rumah, sekolah dan di jalan raya
Balutan, belatan dan anduh
Keselamatan di air

8) KHIDMAT MASYARAKAT

9) KEUSAHAWANAN
Mengadakan hari jualan/ Hari Kantin

LOGO TKRS

TKRS dan KRS berkongsi logo yang sama. Lihat logo di atas dan cuba fahami maksud yang tersirat padanya.
PENGERTIAN LOGO :
Perisai
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang
Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Dua tangkai padi bersilang
Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan profesional dalam semua tindakan.
Buku terbuka dan rehal
Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budata ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna hijau
Alam sekitar yang sihat
Warna Merah
Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara.
Warna kuning
Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.
Warna putih
Keikhlasan dan kesucian.

BENDERA TKRS/ KRS

Bendera TKRS dan KRS adalah seperti di atas, dengan warna hijau sebagai warna latarnya.

COGAN KATA TKRS/ KRS

" Ilmu, Iman, Amal "

LAGU TKRS/ KRS

Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan ilmu, iman dan amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
chorus :
Remaja, sahutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayatilah budaya
Ilmu, iman dan amal
Kekalkan di hati, dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Download lagu : http://www.savefile.com/files/1906116

SEJARAH PENUBUHAN KRS

Kadet Remaja Sekolah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Mohd. Thani bin Sha'ban dari SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan berunifom kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua.

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal selain mempunyai akhlak yang mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara hidup ( ad-Deen ).

Mulai 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya SM. Taman Tun Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazila Abdul Ghani, SM Seri Titiwangsa dipimpin oleh Encik Anuar bin Abdul Aziz dan SMA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor dipimpin oleh Encik Abu Hassan Morad.

Pada 1993, sebanyak 53 buah sekolah dari seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah KPM telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dan hasilnya, satu jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).

Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Y Bhg Datuk Dr Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum dan jantina.

Upacara pelancaran KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di SMK Raja Abdullah.

UNIFOM PEGAWAI KRS/TKRS

Di bawah ini adalah gambar beberapa unifom yang diperkenalkan di dalam pasukan KRS atau TKRS. Gambar sebelah kiri ialah unifom no.4 iaitu unifom untuk berkawat dan apabila mengikuti kuliah atau kursus.
Gambar di sebelah kanan pula ialah unifom kerja-kerja biasa yang memerlukan kelesaan seperti untuk bersenam, menjalankan kerja-kerja berat dan seumpamanya.

STRUKTUR PANGKAT DALAM TKRS/ KRS (PELAJAR)

Pangkat dalam TKRS tidak sama seperti pangkat dalam KRS. Dalam TKRS, pangkatnya adalah berupa jenis kain sulam yang dijahit pada poket sebelah kiri baju. Manakala dalam KRS pula, pangkatnya berupa epolet yang dipakaikan di atas bahu (sama seperti pangkat pegawai). Berikut adalah contoh-contoh pangkat dalam KRS :

Lans Koperal









Koperal










Sarjan









Staff Sarjan









Pegawai Waran II










Pegawai Waran I











Di bawah ini pula ialah pangkat-pangkat dalam TKRS

Lans Koperal/Tunas Kadet Kanan II





Koperal/Tunas Kadet Kanan I





Sarjan/Tunas Kadet Kanan Utama

STRUKTUR PANGKAT TKRS/ KRS (PEGAWAI)

Berikut adalah pangkat-pangkat yang dipakai oleh pegawai-pegawai TKRS/ KRS mengikut jawatan dan bidang tugas masing-masing :

Leftenan Muda

Leftenan

Kapten

Mejar

KETATANEGARAAN


Jalur Gemilang


Bendera Malaysia atau lebih dikenali dengan gelaran 'Jalur Gemilang' mengandungi 14 jalur merah dan putih yang berselang-selang dengan lebar yang sama bagi setiap jalur. Ini melambangkan Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.
13 negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga jalur merah yang ke lima itu bermakna perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Di tengah-tengahnya terdapat anak bulan serta bintang pecah 14 yang menunjukkan perpaduan di kalangan semua 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di bawah satu pemerintah. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Muli Raja-Raja. Bulan dan bintang melambangkan agama rasmi negara, iaitu Islam. Warna merah dan putih bermakna kedaulatan pemerintahan dan tanda kesucian.




JATA KEBANGSAAN / LAMBANG NEGARA
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 yang menandakan 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalamnya. Manakala bintang dan anak bulan melambangkan Islam sebagai agama rasmi.
Lima keris di bahagian atas melambangkan lima buah negeri Melayu yang dahulunya Tidak Bersekutu-Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Di sebelah kiri ialah lambang negeri Pulau Pinang dan di sebellah kanan pula lambang negeri Melaka. Kedua-dua negeri tersebut merupakan Negeri-negeri Selat.
Di tengah-tengah lambang pula terdapat empat warna yang melambangkan empat buah negeri Melayu yang dahulunya merupakan Negeri-negeri Bersekutu. Warna hitam dan putih ialah warna bagi negeri Pahang, warna merah dan kuning bagi negeri Selangor, warna hitam, putih dan kuning bagi negeri Perak dan warna hitam, merah dan kuning bagi Negeri Sembilan.
Di sebelah bawah kiri adalah lambang negeri Sabah, manakala di sebelah kanan pula adalah lambang negeri Sarawak. Di sebelah bawah bahagian tengah adalah Bunga Raya yang melambangkan Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penopang jata Negeri-negeri Melayu dahulu adalah dipakai dalam lambang Malaysia.
Cogan "BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU" ditulis dengan tulisan Jawi dan Rumi. Warna kuning pada awan-awan ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Perak Darul Ridzuan

Kedah Darul Aman
Pulau Pinang ( Pulau Mutiara )
Kelantan Darul Naim

Selangor Darul Ehsan

Melaka Bandaraya Bersejarah

Negeri Sembilan Darul Khusus

Johor Darul Takzim



Pahang Darul Makmur

Terengganu Darul Iman

Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Sarawak Bumi Kenyalang

Wilayah Persekutuan



WP Labuan
WP Putrajaya

PEMERINTAH DI MALAYSIA

Sistem Beraja di Malaysia menyaksikan penggiliran jawatan Yang Dipertuan Agong pada setiap 5 tahun sekali. Yang Dipertuan Agong sekarang adalah Yang Dipertuan Agong ke-13, iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Negeri Terengganu Darul Iman.
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi kerajaan Malaysia dan juga merupakan Ketua Angkatan Tentera Malaysia.

MENTERI-MENTERI KABINET MALAYSIA

atau...

Dato' Seri Hj Abdullah bin Hj Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia
Sistem Berparlimen di Malaysia memberikan kuasa mentadbir negara kepada mana-mana parti politik yang menang di dalam pilihanraya umum yang diadakan pada setiap 4 tahun. Parti yang menang akan melantik ketua mereka sebagai Perdana Menteri.
Perdana Menteri Malaysia sekarang ialah Perdana Menteri yang ke-5, iaitu Dato' Seri Hj Abdullah bin Hj Ahmad Badawi yang menggantikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Dengan kuasa yang ada pada Perdana Menteri, beliau akan melantik beberapa orang ahli parlimen sebagai menteri-menteri kabinetnya. Di bawah ini adalah beberapa tokoh menteri kabinet di dalam pentadbiran Perdana Menteri.

Dato' Seri Najib bin Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri,
merangkap Menteri Kewangan Malaysia.
Dato' Seri Hamid Albar
Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Dato' Azalina binti Othman Said,
Menteri Pelancongan

Dato' Dr S. Subramaniam
Menteri Sumber Manusia

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein Onn
Menteri Pelajaran

Dato' Seri Khalid bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Dato' Ong Tee Keat
Menteri Pengangkutan
Muat turun Nota Kenegaraan :
Power Point : Klik Di Sini

BAHASA HUKUMAN KAWAT KAKI

Kawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawat kaki dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu kawat yang belum melibatkan pergerakan berjalan.
Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah :
1-sedia, senang diri dan rehatkan diri
2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3-langkah sebelah
4-hentak kaki
5-buka dan tutup barisan
6-luruskan barisan
7-hormat
Bahasa Hukuman Kawat
1-sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"
2-senang diri
"SENAAANG DIRI!"
3-rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"
4-berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"
5-berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"
6-berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"
*sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"
**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"
***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan : Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platon anda sedang menghadap ]
7-langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"
8-hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"
9-buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"
10-luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawat "PANDAAAANG..DEPAN!"
11-hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"